Monday, October 31, 2011

Sehari di Halfest 2011

Pada 15 oktober 2011, pihak Ecxo Ekonomi dan Keusahawanan JPP IPG Kampus Pendidikan Islam telah mengadakan lawatan ke Halal Fiesta (Halfest) 2011. Festival ini telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dari 12 sehingga 16 oktober 2011. Seramai 40 orang pelatih guru telah menyertai lawatan ini yang mana terdiri daripada jawatankuasa perwakilan pelajar, ajk ekonomi dan keusahawanan dan guru pelatih ppismp semester 3. Rombongan ini bertolak dari IPGKPI pada jam 9.15 pagi. Tepat jam 9.45 pagi kami semua telah tiba di PWTC. Kami merupakan pengunjung terawal ke sana. Ini kerana dewan festival dibuka pada jam 10 pagi. Semua pengunjung dikehendaki membuat pendaftaran sebelum melawat gerai-gerai jualan.

Terdapat 700 buah gerai yang dibuka sepanjang festival tersebut. Halfest ini telah berlangsung di tiga buah dewan iaitu Dewan Tun Abdul Razak 1, Dewan Tun Abdul Razak 2 dan Dewan Tun Abdul Razak 3. Pelbagai produk yang boleh didapati dalam festival ini, antaranya makanan tradisional, makanan segera, produk-produk tempatan, produk kecantikan, dan sebagainya. Semua produk yang dijual adalah sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Di samping itu juga pelbagai aktiviti yang disediakan antaranya pameran, pertandingan bagi kanak-kanak, seminar kewangan dan pelbagai lagi.
Gambar-gambar sekitar Halfest 2011:

















Tepat jam 5 petang semua guru pelatih yang terlibat berkumpul di tempat letak bas untuk pulang ke kampus. Semua peserta berpuas hati dengan lawatan yang telah dianjurkan ini. Diharapkan supaya lawatan sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. Ini kerana pelbagai faedah yang diperolehi sepanjang lawatan ini. Exco ekonomi dan keusahawanan juga mengadakan lawatan ke halfest pada kesokan harinya iaitu 16 oktober 2011 seramai 25 orang guru pelatih dari ppismp semester 1 juga telah menyertai lawatan ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN


PROMOSI