Monday, October 31, 2011

Karnival Raudah Dan Keusahawanan IPG KPI 2011 (KARAK)

Pada 26 September 2011 hingga 1 Oktober 2011, Exco Ekonomi Dan Keusahawanan JPP 2011 serta Exco JPP yang lain telah bergabung tenaga menjalankan Karnival Raudah Dan Keusahawanan IPG KPI (KARAK).  Karnival ini buat julung kalinya diadakan secara besar-besaran dengan berkonsepkan budaya keusahawanan dan juga bertujuan memartabatkan nama Institut Pendidikan Guru (IPG) ke persada yang lebih tinggi dan berdiri sama tinggi, atau setaraf dengan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) yang lain. Karnival ini turut mendapat tajaan oleh RTM, Lembaga Zakat Selangor, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Karangkraf, Tabung Haji dan JKR Sepang.



Untuk pengetahuan semua, karnival ini telah melakar sejarah yang tersendiri di samping memahat memori yang indah dalam kalendar JPP 2011. Hal ini demikian kerana, buat pertama kalinya Tuan Pengarah, YDP JPP IPG KPI dan Exco Ekonomi dan Keusahawanan JPP IPG KPI telah ditemu ramah dalam Selamat Pagi Malaysia RTM 1 bagi mempromosi karnival ini.

Di samping itu, Karnival ini amat dinanti-nanti oleh kesemua pelajar dan boleh dikatakan ia merupakan salah satu program wajib di IPG KPI. Kesemua pihak Exco JPP, HEP dan pelajar di IPG KPI memberi respons yang postif sebaik sahaja diumumkan kemunculan KARAK tersebut. Buktinya, ramai yang turun padang ke karnival tersebut daripada hari pembukaan hinggalah hari penutupan.

Banyak aktiviti yang disaji sepanjang karnival ini berlangsung. Antara aktiviti yang menarik diadakan sepanjang karnival ini termasuklah ceramah dan seminar, kuiz kefahaman islam, pertandingan pidato, pertandingan nasyid dan permainan tradisional, pesta buku dan gerai jualan dan pameran.

Tapak bagi KARAK adalah di padang. Kesemua booth-booth ataupun gerai jualan berdiri di tengah-tengah padang dengan jualan dan tarikan masing-masing.Kemuncaknya karnival pada kali ini adalah persembahan daripada kumpulan Deevotees di malam penutupan karnival iaitu pada 1 Oktober 2011.

Walaupun segala gerak kerja sebelum dan semasa karnival menjanjikan satu kepenatan buat kami namun kami amat pasti dengan bayaran  kepuasan yang sukar untuk ditafsirkan sejurus berakhirnya karnival. Karnival ini  juga amat membantu individu dalam membentuk peribadi yang frofesional dan lebih matang apabila perlu bekerja dengan pelbagai ragam manusia sewaktu  berjalan dalam gerak kerja.  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN


PROMOSI