Monday, October 31, 2011

Salam Aidiladha & salam Imtihan


Jualan Minuman Berkarbonat Ekonomi



Terbaru daripada Biro Ekonomi & Keusahawanan JPP IPG KPI..
jualan minuman berkarbonat…dapatkan segera di bawah blok asrama masing-masing.. dengan harga yang berpatutan.. jom pakat mai beli …

“SEGARKAN DIRI ANDA DENGAN MINUMAN YANG MENYEGARKAN”

Rehlah Biro Ekonomi ke Ulu Yam

Pada 23 Oktober 2011   Exco Ekonomi Dan Keusahawanan JPP 2011 telah menjalani satu aktiviti rehlah yang bertempat di Ulu Yam, Hulu Selangor. Seramai  23 orang pelajar turut mewarnai rehlah ini termasuk pemandu bas serta isterinya. Lawatan ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara kesemua ahli Exco Ekonomi Dan Keusahawanan JPP 2011 dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan disamping dapat merehatkan minda dengan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester.
Sebelum memulakan perjalanan ke Ulu Yam, sempat lagi kami bersama-sama membuat persiapan makanan dan minuman bekal iaitu Nasi Goreng Tom Yam, Ayam Perap Madu dan air teh untuk dinikmati sesampainya di sana nanti. Di sini dirasakan ukuwah kami semakin erat.
Perjalanan bermula pada jam 9.00 pagi dari IPG KPI. Perjalanan ke IPG Ulu Yam telah mengambil masa lebih kurang 3 jam.. Kami tiba di sana tepat 12 tengahari dan disambut oleh siulan burung dan unggas yang berterbangan riang di angkasa. Keindahan sungai tersebut amat menggamit ketenangan bagi sesiapa sahaja yang memandangnya.
Setelah itu, kami mengagihkan tugas masing-masing. Pelajar lelaki sibuk menghidupkan bara api manakala pelajar perempuan membakar Ayam Perap Madu . Penat membakar ayam dan menjamu selera tidak ketinggalan juga sempat kami bermandi-manda di sungai tersebut. Satu kepuasan jelas terpancar pada wajah-wajah kami. 
Dua jam di dalam air, sampailah masa untuk kami beredar dari Ulu Yam. Sebelum bergerak pulang, kami solat zohor telebih dahulu secara berjemaah. Perjalanan pulang ke IPG-KPI bermula jam 2. 15  tengahari pada hari yang sama. Kami selamat sampai jam 5.00 petang pada hari yang sama.
Masing-masing amat berpuas hati dan gembira dengan rehlah yang berlangsung di Ulu Yam tersebut. Diharap objektif rehlah tersebut dapat dicapai dan meninggalkan kenangan terindah dalam gerak kerja Exco Ekonomi pada tahun ini. 

Sekitar gambar-gambar aktiviti ketika rehlah:



















Sehari di Halfest 2011

Pada 15 oktober 2011, pihak Ecxo Ekonomi dan Keusahawanan JPP IPG Kampus Pendidikan Islam telah mengadakan lawatan ke Halal Fiesta (Halfest) 2011. Festival ini telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dari 12 sehingga 16 oktober 2011. Seramai 40 orang pelatih guru telah menyertai lawatan ini yang mana terdiri daripada jawatankuasa perwakilan pelajar, ajk ekonomi dan keusahawanan dan guru pelatih ppismp semester 3. Rombongan ini bertolak dari IPGKPI pada jam 9.15 pagi. Tepat jam 9.45 pagi kami semua telah tiba di PWTC. Kami merupakan pengunjung terawal ke sana. Ini kerana dewan festival dibuka pada jam 10 pagi. Semua pengunjung dikehendaki membuat pendaftaran sebelum melawat gerai-gerai jualan.

Terdapat 700 buah gerai yang dibuka sepanjang festival tersebut. Halfest ini telah berlangsung di tiga buah dewan iaitu Dewan Tun Abdul Razak 1, Dewan Tun Abdul Razak 2 dan Dewan Tun Abdul Razak 3. Pelbagai produk yang boleh didapati dalam festival ini, antaranya makanan tradisional, makanan segera, produk-produk tempatan, produk kecantikan, dan sebagainya. Semua produk yang dijual adalah sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Di samping itu juga pelbagai aktiviti yang disediakan antaranya pameran, pertandingan bagi kanak-kanak, seminar kewangan dan pelbagai lagi.
Gambar-gambar sekitar Halfest 2011:

















Tepat jam 5 petang semua guru pelatih yang terlibat berkumpul di tempat letak bas untuk pulang ke kampus. Semua peserta berpuas hati dengan lawatan yang telah dianjurkan ini. Diharapkan supaya lawatan sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. Ini kerana pelbagai faedah yang diperolehi sepanjang lawatan ini. Exco ekonomi dan keusahawanan juga mengadakan lawatan ke halfest pada kesokan harinya iaitu 16 oktober 2011 seramai 25 orang guru pelatih dari ppismp semester 1 juga telah menyertai lawatan ini.

BUKA AKAUN TABUNG HAJI SERENDAH RM 2

Karnival Raudah Dan Keusahawanan IPG KPI 2011 (KARAK)

Pada 26 September 2011 hingga 1 Oktober 2011, Exco Ekonomi Dan Keusahawanan JPP 2011 serta Exco JPP yang lain telah bergabung tenaga menjalankan Karnival Raudah Dan Keusahawanan IPG KPI (KARAK).  Karnival ini buat julung kalinya diadakan secara besar-besaran dengan berkonsepkan budaya keusahawanan dan juga bertujuan memartabatkan nama Institut Pendidikan Guru (IPG) ke persada yang lebih tinggi dan berdiri sama tinggi, atau setaraf dengan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) yang lain. Karnival ini turut mendapat tajaan oleh RTM, Lembaga Zakat Selangor, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Karangkraf, Tabung Haji dan JKR Sepang.



Untuk pengetahuan semua, karnival ini telah melakar sejarah yang tersendiri di samping memahat memori yang indah dalam kalendar JPP 2011. Hal ini demikian kerana, buat pertama kalinya Tuan Pengarah, YDP JPP IPG KPI dan Exco Ekonomi dan Keusahawanan JPP IPG KPI telah ditemu ramah dalam Selamat Pagi Malaysia RTM 1 bagi mempromosi karnival ini.

Di samping itu, Karnival ini amat dinanti-nanti oleh kesemua pelajar dan boleh dikatakan ia merupakan salah satu program wajib di IPG KPI. Kesemua pihak Exco JPP, HEP dan pelajar di IPG KPI memberi respons yang postif sebaik sahaja diumumkan kemunculan KARAK tersebut. Buktinya, ramai yang turun padang ke karnival tersebut daripada hari pembukaan hinggalah hari penutupan.

Banyak aktiviti yang disaji sepanjang karnival ini berlangsung. Antara aktiviti yang menarik diadakan sepanjang karnival ini termasuklah ceramah dan seminar, kuiz kefahaman islam, pertandingan pidato, pertandingan nasyid dan permainan tradisional, pesta buku dan gerai jualan dan pameran.

Tapak bagi KARAK adalah di padang. Kesemua booth-booth ataupun gerai jualan berdiri di tengah-tengah padang dengan jualan dan tarikan masing-masing.Kemuncaknya karnival pada kali ini adalah persembahan daripada kumpulan Deevotees di malam penutupan karnival iaitu pada 1 Oktober 2011.

Walaupun segala gerak kerja sebelum dan semasa karnival menjanjikan satu kepenatan buat kami namun kami amat pasti dengan bayaran  kepuasan yang sukar untuk ditafsirkan sejurus berakhirnya karnival. Karnival ini  juga amat membantu individu dalam membentuk peribadi yang frofesional dan lebih matang apabila perlu bekerja dengan pelbagai ragam manusia sewaktu  berjalan dalam gerak kerja.  

Thursday, May 26, 2011

LAWATAN BIRO EKONOMI KE KOTA BHARU













Baru-baru ini, pada 6 Mei 2011 - 8 Mei 2011, Biro Ekonomi JPP IPG Kampus Pendidikan Islam telah mengadakan satu lawatan muhibbah ke IPG Kampus Kota Bharu bagi menjalinkan dan menguatkan  lagi jaringan persahabatan antara IPG KPI 
dengan IPG Kota Bharu, di samping meninjau perkembangan semasa pusat-pusat perniagaan dan keusahawanan yang terdapat di negeri che Siti Wan Kembang ini. Peserta rombongan ke Kota Bharu terdiri daripada barisan JPP dan AJK Biro Ekonomi JPP KPI. 

Antara aktiviti muhibbah yang telah dilaksanakan di IPG Kota Bharu ialah :
1)      perlawanan FUTSAL persahabatan antara IPG KPI dengan IPG Kota Bharu bagi lelaki
2)      perlawanan Bola Tampar persahabatan antara IPG KPI dengan IPG Kota Bharu bagi perempuan

Di samping itu juga, kami telah melawat beberapa tempat menarik di negeri Kelantan. Antaranya termasukalah:
1)      Rantau Panjang
2)      Masjid Beijing (Masjid China)
3)      Pasar Besar Siti Khadijah
4)      Pusat-Pusat perniagaan yang terdapat di tengah bandar Kota Bharu, Bandaraya Islam seperti KB MALL dan lain-lain
5)      Wakaf Che’ Yeh
6)      Rumah YDP JPP IPG KPI, saudara Fakhrol Hafiz (JEJAK YDP), Tumpat

Tuntasnya, lawatan Biro Ekonomi ke Kota Bharu menjanjikan seribu satu keseronokan dan manfaat. Akhirnya, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan lawatan ini.




Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN


PROMOSI