Thursday, May 26, 2011

LAWATAN BIRO EKONOMI KE KOTA BHARU













Baru-baru ini, pada 6 Mei 2011 - 8 Mei 2011, Biro Ekonomi JPP IPG Kampus Pendidikan Islam telah mengadakan satu lawatan muhibbah ke IPG Kampus Kota Bharu bagi menjalinkan dan menguatkan  lagi jaringan persahabatan antara IPG KPI 
dengan IPG Kota Bharu, di samping meninjau perkembangan semasa pusat-pusat perniagaan dan keusahawanan yang terdapat di negeri che Siti Wan Kembang ini. Peserta rombongan ke Kota Bharu terdiri daripada barisan JPP dan AJK Biro Ekonomi JPP KPI. 

Antara aktiviti muhibbah yang telah dilaksanakan di IPG Kota Bharu ialah :
1)      perlawanan FUTSAL persahabatan antara IPG KPI dengan IPG Kota Bharu bagi lelaki
2)      perlawanan Bola Tampar persahabatan antara IPG KPI dengan IPG Kota Bharu bagi perempuan

Di samping itu juga, kami telah melawat beberapa tempat menarik di negeri Kelantan. Antaranya termasukalah:
1)      Rantau Panjang
2)      Masjid Beijing (Masjid China)
3)      Pasar Besar Siti Khadijah
4)      Pusat-Pusat perniagaan yang terdapat di tengah bandar Kota Bharu, Bandaraya Islam seperti KB MALL dan lain-lain
5)      Wakaf Che’ Yeh
6)      Rumah YDP JPP IPG KPI, saudara Fakhrol Hafiz (JEJAK YDP), Tumpat

Tuntasnya, lawatan Biro Ekonomi ke Kota Bharu menjanjikan seribu satu keseronokan dan manfaat. Akhirnya, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan lawatan ini.




Terima kasih.

JAMUAN TAUTAN MAHABBAH

Pada 2 Mei 2011 Exco Ekonomi dan Keusahawanan telah mengadakan jamuan untuk memberi penghargaan kepada semua ahli yang banyak memberi kerjasama bagi melancarkan segala program mengikut perancangan yang telah ditetapkan.  Jamuan ini telah diadakan pada jam 8.15 malam di bilik kuliah PPISMP 2.10. Semua ahli datang untuk menjayakan jamuan ini sebagai tanda meraikan kejayaan mereka semua.  Jamuan ini juga mampu mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli ecxo ekonomi.
Pelbagai juadah disediakan seperti mee goreng, keropok, kuih muih dan minuman.  Juadah ini telah disediakan sendiri oleh ahli exco ekonomi.  Dalam menyediakan juadah ini mereka semua bekerjasama  sejak jam 3 petang. Semua ahli telah dibahagikan tugas bagi menyiapkan persiapan jamuan ini dengan sebaiknya.  Selepas solat maghrib semua juadah di bawa ke bilik kuliah PPISMP 2.10.  Jawatankuasa persiapan tempat telah mengaturkan segala kedudukan agar majlis dapat dijalankan dengan lancar. 
Majlis telah dimulakan oleh kata-kata aluan oleh pengacara majlis.  Pengacara majlis telah menjemput saudara Muhammad Affandi bin Md. Ujang selaku Pengurus Besar Exco Ekonomi dan Keusahawanan JPP IPG KPI.  Saudara Affandi telah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana melakukan tugas dengan sebaik mungkin. Selepas itu majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Syamsul Anuar Bin Othman.  Selesai bacaan doa, semua ahli menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan.  Jamuan berakhir pada jam 9.30 malam.  Selesai sahaja jamuan, semua ahli bergotong royong mengemas tempat dan membersihkan semua alatan.


ini adalah sebahagian gambar ketika 
JAMUAN TAUTAN MAHABBAH 
BIRO EKONOMI JPP IPG KPI 
PADA
2 MEI 2011






Kesimpulannya semua ahli berpuas hati dengan jamuan ini dan mengharapkan aktiviti sebegini dapat diadakan lagi  pada masa akan datang.  Diharapkan semoga aktiviti ini mampu menaikkan lagi semangat bekerjasama antara ahli Exco untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sebaik mungkin.

Monday, May 9, 2011

JUALAN COKLAT ^_^


- Hazel Multilayer -


Hanya RM 6.50 : 6 biji cokalt




- Chocky -
Hanya RM 5.30 : 6 biji coklat




- Oreo Chocky -
Hanya RM 1.20 : Sebiji



- Almond White Choc -


Hanya Rm 6.50 : 6 biji coklat





- Lolichoc -


Hanya RM 1.50 : sebatang


GaMbARAN BAGI SEBEKAS CoKlat~~~~


KAMI DARI BIRO EKONOMI 2011/2012 MEMBAWAKAN KEPADA ANDA 5 JENIS COKLAT BERBAGAI PERISA YANG SEDAP & LAZAT. RASAILAH SENDIRI KEUNIKANNYA.
MAI SAMA2 PAKAT BELI ^_^.  COKLAT TERBAIK DARIPADA "LADANG BIRO EKONOMI".... 

Sempena Hari Guru yang bakal menjelang, kami menawarkan KAD UCAPAN PERCUMA dengan setiap pembelian ChOcco yummy!!! ♥ ♥ ♥


KAMI JUGA MENGAMBIL SEBARANG TEMPAHAN PADA BILA-BILA MASA SEPERTI MAJLIS PERTUNANGAN, PERKAHWINAN, JAMUAN KELAS & SEBAGAINYA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIAJUKAN KEPADA:

MUHAMMAD AFFANDI BIN MD UJANG -019 3082640

NOOR AISYAH BINTI NORDIN - 013 7891210

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN


PROMOSI