Thursday, May 26, 2011

JAMUAN TAUTAN MAHABBAH

Pada 2 Mei 2011 Exco Ekonomi dan Keusahawanan telah mengadakan jamuan untuk memberi penghargaan kepada semua ahli yang banyak memberi kerjasama bagi melancarkan segala program mengikut perancangan yang telah ditetapkan.  Jamuan ini telah diadakan pada jam 8.15 malam di bilik kuliah PPISMP 2.10. Semua ahli datang untuk menjayakan jamuan ini sebagai tanda meraikan kejayaan mereka semua.  Jamuan ini juga mampu mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli ecxo ekonomi.
Pelbagai juadah disediakan seperti mee goreng, keropok, kuih muih dan minuman.  Juadah ini telah disediakan sendiri oleh ahli exco ekonomi.  Dalam menyediakan juadah ini mereka semua bekerjasama  sejak jam 3 petang. Semua ahli telah dibahagikan tugas bagi menyiapkan persiapan jamuan ini dengan sebaiknya.  Selepas solat maghrib semua juadah di bawa ke bilik kuliah PPISMP 2.10.  Jawatankuasa persiapan tempat telah mengaturkan segala kedudukan agar majlis dapat dijalankan dengan lancar. 
Majlis telah dimulakan oleh kata-kata aluan oleh pengacara majlis.  Pengacara majlis telah menjemput saudara Muhammad Affandi bin Md. Ujang selaku Pengurus Besar Exco Ekonomi dan Keusahawanan JPP IPG KPI.  Saudara Affandi telah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana melakukan tugas dengan sebaik mungkin. Selepas itu majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Syamsul Anuar Bin Othman.  Selesai bacaan doa, semua ahli menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan.  Jamuan berakhir pada jam 9.30 malam.  Selesai sahaja jamuan, semua ahli bergotong royong mengemas tempat dan membersihkan semua alatan.


ini adalah sebahagian gambar ketika 
JAMUAN TAUTAN MAHABBAH 
BIRO EKONOMI JPP IPG KPI 
PADA
2 MEI 2011






Kesimpulannya semua ahli berpuas hati dengan jamuan ini dan mengharapkan aktiviti sebegini dapat diadakan lagi  pada masa akan datang.  Diharapkan semoga aktiviti ini mampu menaikkan lagi semangat bekerjasama antara ahli Exco untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN


PROMOSI