Monday, October 31, 2011

Rehlah Biro Ekonomi ke Ulu Yam

Pada 23 Oktober 2011   Exco Ekonomi Dan Keusahawanan JPP 2011 telah menjalani satu aktiviti rehlah yang bertempat di Ulu Yam, Hulu Selangor. Seramai  23 orang pelajar turut mewarnai rehlah ini termasuk pemandu bas serta isterinya. Lawatan ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara kesemua ahli Exco Ekonomi Dan Keusahawanan JPP 2011 dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan disamping dapat merehatkan minda dengan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester.
Sebelum memulakan perjalanan ke Ulu Yam, sempat lagi kami bersama-sama membuat persiapan makanan dan minuman bekal iaitu Nasi Goreng Tom Yam, Ayam Perap Madu dan air teh untuk dinikmati sesampainya di sana nanti. Di sini dirasakan ukuwah kami semakin erat.
Perjalanan bermula pada jam 9.00 pagi dari IPG KPI. Perjalanan ke IPG Ulu Yam telah mengambil masa lebih kurang 3 jam.. Kami tiba di sana tepat 12 tengahari dan disambut oleh siulan burung dan unggas yang berterbangan riang di angkasa. Keindahan sungai tersebut amat menggamit ketenangan bagi sesiapa sahaja yang memandangnya.
Setelah itu, kami mengagihkan tugas masing-masing. Pelajar lelaki sibuk menghidupkan bara api manakala pelajar perempuan membakar Ayam Perap Madu . Penat membakar ayam dan menjamu selera tidak ketinggalan juga sempat kami bermandi-manda di sungai tersebut. Satu kepuasan jelas terpancar pada wajah-wajah kami. 
Dua jam di dalam air, sampailah masa untuk kami beredar dari Ulu Yam. Sebelum bergerak pulang, kami solat zohor telebih dahulu secara berjemaah. Perjalanan pulang ke IPG-KPI bermula jam 2. 15  tengahari pada hari yang sama. Kami selamat sampai jam 5.00 petang pada hari yang sama.
Masing-masing amat berpuas hati dan gembira dengan rehlah yang berlangsung di Ulu Yam tersebut. Diharap objektif rehlah tersebut dapat dicapai dan meninggalkan kenangan terindah dalam gerak kerja Exco Ekonomi pada tahun ini. 

Sekitar gambar-gambar aktiviti ketika rehlah:



















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN


PROMOSI